Pages

Sunday, September 1, 2013

Bangau Oh Bangau

Assalamualaikum semua..lama btl xpost sni..oh ya..slmt hr mdeka...godek2 blog hr merdeka tjmpa plak puisi dr tuan Pahrol Mohamad Juoi, penulis favourite sy..sedap jgk..sama2 renungkan..

Setelah lima puluh enam tahun merdeka…

Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah
merancang dan melaksanakan pembaharuan
mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?
menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan
menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya
menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri
menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi
Ah, melayukah Melayu ini?
yang melarat di pertiwi sendiri?

Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB
Takah 30% kabur,
langkah mencapainya sering terbentur
usahawan kecil lemas dalam bantuan
korporat ‘instant’ tenggelam dalam pinjaman
Lahir segelintir elit ekonomi yang lupa jati diri
kaya raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa
Lahir pula usahawan marhein yang miskin
Walau ilmu ditabur modal dihulur,
tapi bisnes tak ‘betul-betul’
‘berniaga buluh kasap’
modal habis untung lesap!
bankrap terlalu kerap – itu bukan lagi sesuatu yang hina
tapi satu strategi penuh rencana

Dasar Pelajaran Kebangsaan masih impian
Bila pelajar Melayu terus ketinggalan
Di IPTA atau di IPTS  -  dari segi kuantiti atau kualiti
bilangan mahupun kelulusan… siswazah Melayu masih pinggiran
soal kuota tak terisi atau kantung ibu-bapa yang tak berisi?
bahana idealisme atau bahang hedonisme?
kata seorang pengkaji: Itu gara-gara makanan Melayu tidak bergizi
kata media Melayu: Itu angkara sikap yang terlalu dimanjakan
kata pemimpin: Itu akibat malas, lembab dan tak mahu bersaing
ah, ketika begini teringat pula lagu lama – lagu Melayu
‘bangau, oh! bangau…’
bila  semua pihak saling menuding jari
demi menyelamatkan maruah diri