Pages

Sunday, September 1, 2013

Bangau Oh Bangau

Assalamualaikum semua..lama btl xpost sni..oh ya..slmt hr mdeka...godek2 blog hr merdeka tjmpa plak puisi dr tuan Pahrol Mohamad Juoi, penulis favourite sy..sedap jgk..sama2 renungkan..

Setelah lima puluh enam tahun merdeka…

Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah
merancang dan melaksanakan pembaharuan
mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?
menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan
menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya
menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri
menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi
Ah, melayukah Melayu ini?
yang melarat di pertiwi sendiri?

Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB
Takah 30% kabur,
langkah mencapainya sering terbentur
usahawan kecil lemas dalam bantuan
korporat ‘instant’ tenggelam dalam pinjaman
Lahir segelintir elit ekonomi yang lupa jati diri
kaya raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa
Lahir pula usahawan marhein yang miskin
Walau ilmu ditabur modal dihulur,
tapi bisnes tak ‘betul-betul’
‘berniaga buluh kasap’
modal habis untung lesap!
bankrap terlalu kerap – itu bukan lagi sesuatu yang hina
tapi satu strategi penuh rencana

Dasar Pelajaran Kebangsaan masih impian
Bila pelajar Melayu terus ketinggalan
Di IPTA atau di IPTS  -  dari segi kuantiti atau kualiti
bilangan mahupun kelulusan… siswazah Melayu masih pinggiran
soal kuota tak terisi atau kantung ibu-bapa yang tak berisi?
bahana idealisme atau bahang hedonisme?
kata seorang pengkaji: Itu gara-gara makanan Melayu tidak bergizi
kata media Melayu: Itu angkara sikap yang terlalu dimanjakan
kata pemimpin: Itu akibat malas, lembab dan tak mahu bersaing
ah, ketika begini teringat pula lagu lama – lagu Melayu
‘bangau, oh! bangau…’
bila  semua pihak saling menuding jari
demi menyelamatkan maruah diri

Monday, October 8, 2012

isu..isu..isu..

assalam sume..:) moga sihat slalu..ni sikit isu nk share..tanpa membuang masa, sila layann vid ni..vid ni dh lama pn..tp xpe..yg penting ilmu..slmat menonton ye..smoga bmanfaat..


Wednesday, June 6, 2012

Sebarkan Cinta-Mu..




Assalam sume..lama btl xbukak blogger..siap dh tukar newlook..pening jap pale tgk new face of blogger.adeh.huu..by d way, baru je hbs baca dis gud book, Sebarkan Cinta Mu, by Fatimah Syarha..bagus bukunya..padat ngan penerangan ilmiah lagi..so, sapa yg pening2 lg ngan hukum especially hijab dan poligami lehla dptkan buku ni..ha..ni lak info yg dishare direct dr blog bealiau sendiri..http://sebarkanbahagia.blogspot.com.....slmt mbaca..:)




ANALISIS PANDANGAN SYUYUKHUL AZHAR BERKENAAN POLIGAMI

Pada zaman moden ini, di saat amalan poligami secara realitinya tidak lagi memperlihatkan faktor keadilan, moral dan kemampuan ekonomi sebagaimana yang digariskan Al-Quran, akibatnya kaum wanita menjadi mangsa. Ia menjadi perhatian ulama moden  seperti Abduh, Syaltut, Al-Ghazali dan Al-Qaradhawi. Kesemuanya adalah syuyukhul azhar (Syeikh-syeikh lepasan Universiti al-Azhar).

Poligami Menurut Muhammad Abduh

 Poligami Dilarang Kecuali Sangat Terpaksa
      -Menggunakan pendekatan normatif keagamaan, psikologi keluarga, sosiologi dan budaya.
      -Beliau lebih cenderung kepada berlakunya teori struktur peranan dalam keluarga, iaitu adanya kedamaian yang jauh daripada konflik antara anggota keluarga. Bagi mewujudkan hal itu, keadilan perlu menjadi common value (nilai yang biasa).
      -Atas kepentingan faktor keadilan inilah, Abduh melarang amalan poligami apabila menjawat jawatan sebagai mufti Mesir, kecuali dalam situasi yang sangat terpaksa, seperti si isteri mandul (infertility).
      -Poligami menurutnya adalah tradisi masa lampau sebelum Islam. Ia berhubung kait dengan kedudukan wanita yang dipandang sebagai satu hubungan antara manusia dan haiwan, atau manusia tidak sempurna.
      -Bagi Abduh juga, poligami tanpa sebab adalah satu bentuk merendahkan maruah wanita.

Memahami Psikologi Wanita

-Pada dasarnya, tidak ada seorang isteri pun yang rela sekiranya ada wanita lain yang hendak merebut cinta suaminya. Demikian pula, seorang suami tidak akan menerima sekiranya ada lelaki lain yang hidup bersama isterinya. Itulah fitrah manusia. Seandainya ada seorang isteri ataupun suami yang redha sekiranya pasangannya memberikan cintanya kepada yang lain, bererti ada sesuatu yang tidak normal.
-Abduh juga mengumpamakan kehidupan berpoligami itu seperti kehidupan seekor ayam jantan dengan sepuluh ekor ayam betina. Di mana si jantan tidak boleh membahagikan cintanya secara adil dengan sepuluh ekor betina itu atau dengan kata lain, kecenderungan berlebihan akan selalu ada terhadap salah seekor betina yang ada.
-Setiap isteri yang diduakan akan menghadapi dua kemungkinan:

1. Mereka akan berasa sakit kerana dibakar rasa cemburu apabila suaminya terikat dengan wanita lain.
2. Tidak kisah kerana ada pelbagai sebab yang mengiringi.
-Jika ada yang mengatakan, dalam sesetengah situasi, suami menikahi dua ataupun lebih dengan dorongan isteri pertama, maka Abduh memberi pandangan dengan dua sudut:

1.Ianya jarang berlaku. Maka sudah tentu sesuatu yang jarang berlaku tidak boleh dijadikan pegangan bagi dilaksanakan di tengah-tengah umat. Orang yang mengatakan isterinya tenang suaminya menikah lagi sebenarnya ada sesuatu yang tidak wajar.
2. Di kalangan isteri-isteri, kerelaan seperti itu memanglah jarang berlaku, namun di kalangan wanita ‘penghibur’ yang suka berganti-ganti lelaki, tentu rasa sukarela seperti itu sudah menjadi kebiasaan.

-Bagi Abduh, soal keadilan dalam poligami bukan hal remeh-temeh. Benar, syariah bersikap tolak ansur kepada suami bagi memiliki empat isteri, sekiranya dia melihat dirinya mampu untuk berbuat adil. Namun sekiranya tidak, maka mereka perlu istiqamah dengan satu isteri sahaja.

Ketidakadilan Bukan Hanya Berlaku Kepada Orang Miskin

-Abduh menolak sekiranya dikatakan bahawa: Ketidakadilan yang sering berlaku hanya terhad di kalangan orang miskin dan kurang pendidikan sahaja. Lain halnya dengan golongan kaya dan bekerja di pejabat, mereka sudah tentu menafkahkan hartanya secara berlebihan terhadap isteri-isteri yang diceraikan dan anak-anaknya. Begitu juga terhadap isteri-isterinya yang di rumah. Dalam hal ini, maka tiada halangan baginya berpoligami selagi berada dalam batas-batas syarak. Bahkan poligami adalah sunnah Rasul. Ketidakadilan di kalangan orang miskin tidak boleh dijadikan dasar  melarang poligami. Bahkan ayat 3, Surah al-Nisa’ tidak pernah mansukh.
-Menjawab kenyataan di atas, Abduh berkata: Pernyataan itu tidak benar. Kes yang berlaku di kalangan orang kaya berkenaan pengusiran isteri-isteri berserta anak-anak cukup banyak. Tidak sedikit golongan seperti itu yang mengusir anak-anak mereka demi isteri barunya. Nafkah dan hak suami isteri yang mereka lakukan belum mencapai peringkat keadilan seperti yang diinginkan syarak. Sekiranya demikian, orang kaya itu sama sahaja dengan orang miskin dalam melakukan pelanggaran agama.
-Bahkan pelanggaran syarak yang dilakukan oleh orang  kaya lebih teruk sekiranya dibandingkan dengan si miskin. Kes seorang isteri yang tidak digauli sampai setahun, dua tahun bahkan sepuluh tahun kerana adanya kecenderungan cinta terhadap seorang isterinya adalah satu contoh. Sementara si isteri tidak berani menuntut cerai kerana takut akan keselamatan dirinya yang terancam oleh suaminya yang kaya dan berkedudukan itu. Maka, dalam terpaksa, mereka terjebak dalam kehidupan yang teruk seperti itu.

Memahami Psikologi dan Pendidikan Anak-anak

-Dalam kes lain, situasi pendidikan anak-anak yang membesar di tengah-tengah kedengkian saudara-saudaranya dan permusuhan bapanya sendiri sering berlaku di kalangan orang kaya yang berpoligami. Kes seperti ini, tegas Abduh banyak kita saksikan di dunia Timur, termasuk Mesir. Mereka seakan-akan tidak memahami hikmah Allah dalam hal ini. Bahkan menjadikannya sebagai jalan memuaskan nafsu seksual semata-mata. Perkara seperti inilah yang ditolak oleh agama dan akal yang sihat.
-Menurut Abduh, hanya ada dua pilihan bagi seorang suami:

1. Berkahwin dengan seorang isteri, sekiranya takut tidak mampu berlaku adil. Dalilnya: Ayat mengisyaratkan “fa in khiftum… “. Sedangkan ayat ”fa ankihu…” yang menyusulinya adalah terikat (muqayyad) oleh ayat sebelumnya.
2. Berfikir kembali dan meneliti berkenaan keadilan yang menjadi syarat mutlak agama, keutuhan dan kasih sayang antara anggota keluarga, beban yang akan ditanggung isteri dan anak-anak sekiranya berlaku perceraian, serta perlindungan mereka daripada hal-hal yang bakal berlaku. Semua itu perlu diberi pertimbangan sebelum melakukan poligami.

-Sekiranya itu yang dilakukan oleh para suami mereka termasuk daripada para suami yang takut kepada Allah iaitu mereka yang menghormati undang-undang keadilan, melindungi kehormatan dan hak-hak isteri, berinteraksi dengan cara yang ramah, lembut dan baik, tidak melakukan diskriminasi terhadap isteri, maka itulah suami yang mulia.
-Sekiranya suami berpoligami secara adil, maka tidak mengapa. Namun, ia sangat jarang ditemui. Sekiranya dia melanggar ketentuan syarak, hakim berhak menghukumnya. Apa hukumannya? Agama tidak memberikan ketentuan khusus. Masalah ini bergantung pada situasi dan tradisi setempat.

Kerja Keras Rasulullah Bagi Melaksanakan Keadilan

-Orang yang tidak mampu memberikan hak-hak mereka (isteri), atau sekiranya si suami cenderung kepada seorang daripada isterinya, bererti dia melanggar hak yang lain. Dengan demikian dia  menghancurkan sistem kekeluargaan, sedangkan asas pembinaan keluarga yang baik adalah kesatuan dan kasih sayang antara anggota keluarga.
-Rasulullah SAW melakukan giliran yang adil antara isteri-isterinya walaupun seorang daripada mereka dalam keadaan sakit demi menjaga keadilan.
-Baginda tidak hanya tinggal menetap di rumah  seorang isterinya sahaja tanpa persetujuan dan kerelaan daripada isteri-isterinya yang lain.
-Baginda tetap meminta izin daripada isterinya yang lain apabila hendak tinggal di rumah Aisyah selama beliau sakit.
-Dalam wasiat terakhir Rasulullah, baginda pernah berwasiat berkenaan tiga perkara yang selalu diulang-ulang sehingga suaranya habis iaitu: Solat, hamba/pembantu, dan isteri yang dinikahi dengan amanah Allah dan menjadi halal kehormatannya dengan menyebut kalimat-Nya.
-Riwayat lainnya adalah, “Siapapun yang beristeri dua lalu lebih cenderung kepada salah satunya, (dalam satu riwayat dengan penambahan: tidak berbuat adil), maka pada hari Kiamat, kakinya akan tempang.”
-Rasulullah SAW juga mengadu, “Ya Allah, keadilan dalam melakukan giliran antara isteri-isteriku dan nafkah adalah kerja kerasku yang mana aku sanggup melakukannya. Namun, aku tidak berkuasa untuk melakukan apa yang menjadi milik-Mu (kecenderungan hati).”
-Apabila Rasulullah hendak musafir, Baginda selalu mengundi giliran isteri-isterinya, siapa yang dapat bersamanya.
-Abduh mengingatkan, adakah selepas adanya amaran syariah yang tidak boleh ditawar itu (berkaitan beratnya melaksanakan keadilan), seseorang itu akan tetap berpoligami sedangkan dia tahu dia tidak mampu?
-Rasulullah cenderung kepada Aisyah melebihi isteri-isterinya yang lain, namun itu hanya dalam soal hati dan perasaan. Baginda tidak pernah mendiskriminasikan isteri-isteri yang lain dalam masalah apa pun.

Poligami dalam Islam Terlalu Berat

-Abduh menegaskan, orang yang merenungi dua ayat iaitu al-Nisa’, ayat 3 dan al-Nisa’, ayat 129 nescaya akan faham bahawa poligami dalam Islam adalah perkara yang sangat berat, tidak boleh dilakukan kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa.
-Malah orang yang mahu melakukannya disyaratkan memiliki keyakinan yang sangat kuat dengan kemampuannya menegakkan keadilan.

Analisis Muhammad Imarah Terhadap Pandangan Abduh

Poligami Boleh Lenyap Bersama Lenyapnya Pendukung

Tradisi berkahwin lebih daripada satu isteri pernah berlaku kepada orang Timur seperti Tibet dan Mongol. Bahkan di negara Barat seperti Jerman juga tradisi itu pernah wujud. Sebahagian biskop pernah membenarkan berkahwin lebih daripada seorang untuk para raja selepas masuknya agama Kristian ke Eropah. Faktanya, aturan ini mengikut situasi dan kontekstual, bukan hanya milik orang Timur apatah lagi milik Islam. Ia akan lenyap bersama lenyapnya pendukungnya.

Tradisi Poligami Menyusuli Perang

Berkembangnya sistem poligami berkait rapat dengan pertumbuhan jumlah wanita yang melampau jumlah lelaki dalam beberapa komuniti akibat perang pada masa lalu, antaranya masyarakat awal Arab. Biasanya, mereka yang menyokong sistem ini adalah mereka yang memiliki kekuasaan dan harta.

Islam Bertujuan Menghapuskan Sistem Poligami Jahiliah Secara Bertahap

Islam berbeza dengan apa yang dituduh oleh para orientalis bahawa, agama ini mengambil sistem   tradisi jahiliah. Islam sebaliknya mengambil sikap kritis dalam masalah ini. Tujuannya jelas, iaitu menghapuskan sistem ini dengan pendekatan bertahap (tadarruj). (Sebagaimana Islam berjaya menghapuskan sistem perhambaan secara bertahap walaupun ia masih disebutkan dalam Al-Quran). Oleh itu, apabila ada yang masuk Islam dengan sepuluh isteri, Rasulullah SAW hanya membatasinya dengan empat orang .  (Jelas, Rasulullah pernah menyuruh mengurangkan isteri namun tidak pernah menyuruh menambah lagi isteri). Kesalahan orientalis itu bertitik tolak daripada pandangan mereka terhadap fenomena atau tradisi umat Islam yang mereka teliti, kemudian dengan mudah memberikan kesimpulan bahawa tradisi-tradisi yang berlaku itu termasuk sebahagian daripada agama.

Poligami Bertujuan Sebagai Jalan Keluar Daripada ketidakadilan Yang Menimpa Anak Yatim

Batasan poligami bertujuan memberikan jalan keluar daripada ketidakadilan yang menimpa anak yatim. Lazimnya anak yatim menjadi mangsa para penjaganya. Mereka mengahwininya kerana rakus terhadap hartanya. Oleh itu Islam menegur kaum lelaki yang menjadi penjaga agar tidak seperti itu. Perumpamaannya perlu dilihat begini, “Daripada kamu nikahi anak yatim yang menyebabkan kamu berbuat zalim (dengan mengambil hartanya), baik kamu kahwin dengan wanita baik dan berharta yang lain, 2, 3 atau 4. Itupun payah juga mengelakkan daripada berbuat zalim, baik kamu nikah satu sahaja. Nikah satu itulah yang terbaik kerana paling jauh daripada berbuat zalim.”

Poligami di Dalam Al-Quran  Bukan Satu Dorongan (Targhib) Tetapi Satu Ancaman/ Tidak Disukai (Tarhib)

Menurut Abduh, Islam memberikan syarat berlakunya keadilan mutlak. Seandainya seseorang memiliki sangkaan sedikit sahaja mengenai ketidakmampuannya berpoligami, maka dia perlu berkahwin satu sahaja. Poligami yang disebutkan dalam ayat itu tidak bererti memberikan dorongan (targhib) tetapi menunjukkan sikap yang tidak disukai (tarhib). Sekiranya orang yang hendak berpoligami itu berfikir berkenaan syarat keadilan itu, nescaya dia akan berkahwin satu sahaja.

Sistem Poligami dan Perhambaan

Menurut Abduh, amalan poligami serupa dengan amalan perhambaan. Islam tidak mengajarkan seperti itu. Fenomena seperti itu menurut Abduh adalah tradisi jahiliah, tidak ada hubung kaitnya dengan Islam.

Boleh Melarang Poligami

Menurut Abduh, boleh untuk melarang berpoligami sebagaimana bolehnya melarang perhambaan. (Ia tidak dikira melarang hukum Allah). Pernyataan ini diungkapkan semasa menjawab pertanyaan berkenaan boleh tidaknya menegah poligami. Ini kerana menurutnya keadilan adalah syarat mutlak yang perlu dipenuhi, sedangkan berlakunya keadilan seperti itu boleh dikatakan 'tidak ada' dalam masyarakat hari ini. Sesungguhnya, orang yang boleh berlaku adil, sangat-sangat jarang, dan sesuatu yang jarang tidak boleh dijadikan pegangan dalam hukum. Di samping itu, berpoligami secara realiti boleh mengundang pertelagahan antara isteri, begitu juga antara anak-anaknya. Atas dasar ini, Abduh menganjurkan agar poligami dilarang, kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa, misalnya isteri mandul. Sekiranya berlaku demikian barulah hakim perlu membantunya.

            Poligami Menurut Syaltut

Poligami Terikat Pada Syarat Keadilan

-Dalam mengambil kesimpulan (istimbat) hukum poligami, Syaltut seperti mana Abduh mensyaratkan berlakunya keadilan.
-Perbezaan terletak pada prosesnya. Abduh melarang poligami kecuali kerana terpaksa. Manakala Syaltut membahaskan lagi berkenaan kebolehan poligami menurut kemahuan individu tanpa sebab-sebab yang memaksanya.
-Persoalan ini, kata Syaltut, banyak mengundang perdebatan antara pengkaji keagamaan dan sosiologi.
-Para pengkaji agama apabila merespons teks-teks ayat poligami berpendapat, asalnya poligami terlarang kecuali terpaksa. Segelintirnya berpendapat poligami pada asalnya harus dilakukan kecuali ada kekhuatiran bahawa negatifnya lebih banyak daripada positifnya, maka ia menjadi haram dan terlarang.
-Bagi pakar sosiologi, poligami adalah suatu tindakan jenayah sosial yang berlaku dalam wilayah keluarga. Maka ia sedapat mungkin mesti dibatasi.
-Menurut Syaltut, Islam dan bangsa Arab adalah antara agama dan bangsa yang pernah mengesahkan harusnya poligami. Poligami pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia termasuk sebahagian nabi-nabi sebelum Muhammad.
-Dua surah al-Nisa’, ayat 3, dan 129 di atas menurutnya sentiasa relevan dengan hikmah berlakunya syariat (hikmah al-tasyrik) dalam masyarakat. Sekiranya dua ayat ini difahami secara utuh,  ini akan menghasilkan pemahaman bahawa ‘keadilan’ dalam ayat 3 adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditawar-tawar.
-Perkara yang dilarang dalam ayat 129, menurut Syaltut adalah kecenderungan yang berlebih-lebihan kepada seorang isteri, kemudian mengabaikan yang lain.
-Syaltut berbeza daripada Abduh dengan tidak meletakkan syarat keterpaksaan dalam masalah poligami. Dia menyerahkan kepada individu bagi menentukan keadaan dirinya sama ada mampu berlaku adil ataupun tidak, kemudian dia jawab sendirilah depan Allah.
-Syaltut melihat bermulanya poligami disahkan adalah bagi memberi jalan keluar kepada pengasuh anak yatim supaya tidak terjebak dalam kezaliman akibat perbuatannya yang tidak adil terhadap mereka. Oleh itu menurut Syaltut, apa yang penting dalam poligami adalah keadilan bukan keterpaksaan.

Desakan Masyarakat Melarang Poligami

-Pada tahun 1945, desakan masyarakat yang meminta poligami dibataskan atau dilarang memang bergelombang, seperti yang datang daripada  Urusan Sosial Mesir.
-Antara tuntutannya adalah kebenaran daripada Pengadilan Agama (syariat) selepas adanya penelitian terhadap mereka yang mahu berpoligami, dengan mengambil kira moraliti, kemampuan, dan tanggungjawab nafkah yang bukan hanya untuk orang yang berada dalam tanggungannya tetapi untuk keluarga terdekat.
-Realiti menunjukkan poligami berbahaya terhadap kehidupan berkeluarga.
-Malah, hal ini membebankan pemerintah kerana ramainya orang yang terpinggir dan terbiar daripada keluarga, memutuskan silaturrahim dan cenderung mengabaikan pendidikan anak.
-Syaltut meminta menimbangkan antara kebaikan dan kejahatan poligami, mana yang lebih banyak dengan kajian sosial yang lebih mantap. Apabila ia diharuskan, menurutnya, kebaikannya daripada sudut sosial lebih banyak.
-Syaltut berpendirian poligami biarlah terus diharuskan tanpa melarangnya.
-Manakala keluarga yang sudah berpoligami tetapi ternyata dia tidak mampu daripada sudut nafkah maka ia perlu dibantu.
- Menurut pengkaji Zulkifli Haji Mohd Yusuff dan Aunur Rafiq, idea Syaltut ini sekiranya direalisasikan tanpa pengawasan cermat terhadap pelaku poligami, maka ia juga tidak akan membina. Bahkan mungkin poligami menjadi 'wadah' pemuas nafsu lelaki, dan lahirnya keluarga yang penuh konflik, persaingan tidak sihat, khususnya di kalangan isteri yang dimadu. Biasanya faktor penting yang menjadi permulaannya adalah merebut cinta dan perhatian suami, bukannya merebut harta.

Poligami Menurut Imam Al-Ghazali.

Isteri Berhak Menerima Ataupun Menolak Dimadu

-Imam Ghazali terkenal sebagai ulama yang sering membela kaum wanita.
-Beliau kurang membicarakan persoalan poligami.
-Dalam bukunya, Nahwu al-Tafsir al-Maudu’I li Suwari Al-Quran, beliau membahaskan isu poligami dengan amat terhad. Menurutnya poligami dalam Islam mempunyai aturan khusus, tidak seperti di Barat yang lelakinya mempunyai satu isteri tetapi isteri haramnya sampai sepuluh.
-Dalam Islam, lelaki bujang yang tidak mampu berkahwin dianjurkan berpuasa, soalnya bagaimana pula lelaki yang tidak mampu berpoligami? Menurutnya orang seperti itu tidak boleh dibiarkan, dia tidak akan mampu berlaku adil.
-Ghazali melihat dalam perkahwinan tidak boleh ada paksaan. Oleh itu, wanita bebas untuk menerima ataupun menolak bagi dimadu.
-Sekiranya seorang isteri khuatir dimadu oleh suaminya, dia boleh mengajukan syarat itu dalam perjanjian perkahwinannya. Si suami perlu berpegang teguh dengan perjanjian itu. Sekiranya tidak, dia hendaklah menceraikannya. Ini perlu kerana hubungan keluarga perlu dibina atas dasar takwa, keadilan dan kedamaian.
-Menurut Ghazali, perkahwinan adalah ibadah, dan keluarga adalah jambatan menuju sebuah kehidupan yang mulia, dan tempat pembinaan iman dan budayannya.  Itu juga harapan ibad al-Rahman iaitu rumahtangga yang damai dengan isteri dan anak cucu yang menyejukkan pandangan mata. Bagi mewujudkan hal itu perlu kerjasama orang tua.
-Ghazali menekankan bahawa perkahwinan bukan tujuan tetapi hanyalah wasilah. Ia jalan bagi berlakunya pertumbuhan keluarga yang beriman, adil, tenteram, cinta kasih, dan penuh rahmat terpulanglah sama ada dengan cara poligami ataupun tidak.

 Poligami Menurut Yusuf al-Qaradhawi

Asal Perkahwinan Muslim Adalah Berkahwin Satu

-Para gerakan Kristian dan orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan.
-Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim adalah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumahtangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran.


Bukan Keharusan Secara Mutlak


Berkata Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Malamih al-Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu...

"Para ulama berkata, adalah dilarang lelaki yang mampu mencukupkan dirinya dengan satu isteri untuk bernikah lagi kerana hal itu dikhuatiri akan menjebakkan dirinya kepada yang HARAM."



Fiqh Prioriti: Bernikah Satu Lebih Utama


Berkata Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Malamih al-Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu lagi bahawa tidak dapat dinafikan BERNIKAH SATU lebih baik daripada BERPOLIGAMI.
Poligami akan membuatkan seseorang menimpa kesulitan di dunia serta di akhirat.

Memerhati Kemaslahatan Semua Pihak

-Yusuf al-Qaradhawi walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat yang menyeru kepada mengharamkan poligami. Biarlah hukumnya kekal harus, bukan haram kerana melihat kepada maslahat yang pelbagai.
-Orang yang mahu melakukan poligami perlu berkeyakinan mampu berlaku adil tanpa khuatir terjatuh dalam kezaliman seperti keterangan surah al-Nisa’, ayat 3.
-Isteri pertama memiliki kemaslahatan agar tiada yang mengganggu suami dan keluarganya, maka dia ada hak menolak untuk dimadu.
-Suami memiliki kemaslahatan takut terjebak ke dalam zina dan kemaslahatan bagi mendapatkan zuriat, maka dia ada hak dalam isu poligami.
-Isteri kedua memiliki kemaslahatan untuk tidak hidup menjadi anak dara tua ataupun menjanda, maka dia juga ada hak dalam isu poligami.
-Begitu juga masyarakat, mereka memiliki kemaslahatan bagi melindungi warganya, maka mereka ada hak menyokong pernikahan yang bertanggungjawab dan sebaliknya.

Tidak Setuju Mengharamkan Terus Poligami

Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanah air Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku kepada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan berkenaan keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur berkenaan keburukan zina yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."(hal 31, cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi, “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat, ia adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: “Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ia tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan sudah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ia tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah SAW, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) " (Sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka). Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka." (Surah al-`Araf :157).

Al-Qaradawi menyambung, “Inilah apa yang diraikan oleh syariat Islam dalam persoalan poligami, ia menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudiannya ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat, bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya), “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka (nikahlah) hanya seorang isteri. (hal. 133-134)

Friday, January 6, 2012

Cecah Dahi ke Sejadah


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih...

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih...

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai...

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah...

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat...

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara...

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’...

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan...

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi...

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan...

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan...

Justeru bila DIA menyeru, sambutlah seruan-NYA
Sebelum DIA memanggilmu buat kali yang terakhirnya...

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu...

Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat...

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat...

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia...

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia...

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan...

Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan...

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga...

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

*renung2kanla sahabat........

Monday, May 30, 2011

my favourite ustaz...:)

kenal ustaz ni since 2006..introduced by my besfren..

kenal via cd n ceramah je..dgr suare..1st dgr, terus terpikat..mmg agak keras..tp menusuk..tu yg lekat kat hati..huhu

then..baru la g ceramah beliau..wow..he's like a celebrity..gile penuh ramai org kat man2 je ceramh dia..

hopefully ustaz terus sihat n berjuang mmberi pengingatn pada kami semua..Kami sayang ustaz azhar idrus :)




Friday, May 20, 2011

DOA UNTUK MENDAPAT PASANGAN YANG BAIK

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada antara dihatinya setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Aku bukanlah mencintai zahirnya semata-mata kerana kacak..
Tapi hanya kerana hatinya yang teguh mencintai Engkau Tuhanku

Ya Allah Ya Rabb
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang
yang tidak sempurna..
Agar aku dapat membuatnya sempurna pada pandanganMu..
Dan menyokong dan meneguhkan hidupku..
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu..
Seseorang yang membuatkan senyumanku mengatasi segala kesedihannya..

Ya Allah
Aku juga meminta..
Jadikan aku wanita yang dapat membuatnya bangga..
Berikan aku hati yang sungguh mencintai Mu sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku..
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan
bukan hal buruk dalam dirinya..
Berikanlah aku pertuturan yang penuh dengan kebijaksanaan..
Agar aku mampu memberikannya semangat dan sokongan padanya setiap hari
yang mendatang

Ya Tuhanku
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
”Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan aku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..
Dan Engkau membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau telah tentukan..

Saturday, December 18, 2010

gambaran kiamat...masyaallah..

Videos Posted by Zaharuddin.net


Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di
segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka
bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu)
bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.

( Fussilat 41: 53)


Sebuah gambaran kehancuran menghancurkan ego & kemegahan manusia. Jangan dilupa kuasa Allah mampu meragut semuanya dalam sekelip mata. Bermula dari nyawamu wahai manusia..


credit to:salafussoleh


Sunday, November 7, 2010

Maka menitislah air matanya...

Ketika Nabi Muhammad SAW wafat pada 632M, terjadilah peristiwa yang sunguh mengharukan..

Umar Al Khattab, sahabat nabi yang terkenal dengan sifat garang dan keras hati tidak mahu percaya bahawa Nabi SAW wafat.Sekalipun telah melihat jenazah baginda terbaring, namun dia tetap tidak mahu percaya.Bahkan dia mengancam setiap orang yang berani mengatakan Rasulullah telah wafat.

Sambil memegang pedang, Umar Al Khattab sampai ke halaman masjid Madinah sambil menjerit "Siapa yang berani mengatakan Rasulullah wafat, aku penggal lehernya"

Suasana menjadi hening dan mencengkam,siapa tidak kenal pada Umar Al Khattab, sahabat yang paling garang dan cepat naik darah.Tidak seorang pun yang berani memujuknya, apatah lagi membantahnya.semua orang diam menunduk.

Mujurlah tidak lama kemudian Abu Bakar As Siddiq datang, seorang yang paling disegani dan penuh berwibawa.

Melihat tingkah laku Umar itu, Abu Bakar segera meredah orang ramai dan dengan langkah yang tenang dan pasti, dia mendekati Umar yang sedang mengamuk.

"Sudahlah Umar, diamkan dulu!" tegur Abu Bakar.Sahabar yang lain, Abbas menekan bahu Umar agar segera duduk.Suasana menjadi semakin hening.Segenap hadirin memerhatikan Abu Bakar dengan hati yang cemas. Tidak ada siapa yang berani bersuara.

Dengan suara yang menembus kalbu, Abu Bakar bersuara, "Saudara-saudara sekelian..!Siapa yang menyembah Muhammad..sesungguhnya Muhammad telah wafat.Tetapi siapa yang menyembah Allah SWT maka Allah hidup selama-lamanya"

Suara itu bagai menusuk hati mereka, hingga semua menundukkan kepala.Begitu juga dengan Umar Al Khattab.Kemudian Abu Bakar membacakan firman Allah,surat Ali Imran, ayat 114:

" Dan tidaklah Muhammad itu kecuali hanya seorang Rasul. Sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa Rasul. Maka apakah bila mereka wafat atau terbunuh kalian akan berpaling ke belakang?Barang siapa yang berpaling ke belakang mereka tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah, sedikitpun dan Allah memberi balasan bagi orang-orang yang bersyukur.."

Mendengar ayat suci itu, maka menitislah air mata Umar Al Khattab.

"Astaghfirullah...", bisiknya sambil menangis tersedu-sedan. "mengapa baru sekarang aku ingat, bahawa Rasulullah pernah membacakan ayat itu...

.::hmm...so touching..!!T.T::.